09 Januari 2011
Selamat datang

Laman ini diolah sebagai wadah untuk kami memperkenalkan produk rekaan t-shirt kami.
Kami berdua adalah anak negeri Perak yang bermastautin di Kuala Kangsar, Bandar Diraja negeri Perak yang angat kami banggakan (chewah).
Kami perpengalaman dalam rekabentuk baju T sebagai designer di sebuah kedai mencetak baju yang terkenal di daerah Kuala Kangsar iaitu Silverian Enterprise milik saudara Anuar.
Kebanyakan t-shirt yang kami reka sebelum ini hanyalah berdasarkan permintaan pelanggan dan hanya sesekali sahaja kami membuat rekabentuk asli yang mana selalunya hanyalah untuk kegunaan sendiri ataupun teman-teman rapat.
Kami mangambil inisiatif untuk memperkenalkan rekaan t-shirt kami sendiri demi mengisi ruang pasaran fesyen yang menonjolkan ciri-ciri setempat juga tersendiri.
Kami percaya dengan falsafah rekaan yang ringkas, warna minimal, nostalgik, personal atau berbudaya unik.
Terma unik ini walau bagaimanapun amatlah subjektif dan selalunya terserah kepada penilaian individu.
Pengaruh muzik, filem, animasi, serta budaya popular adalah penyumbang besar dalam elemen rekaan kami . Namun tidak dinafikan pengaruh yang lebih besar sebenarnya adalah budaya kehidupan masyarakat setempat di daerah Kuala Kangsar dan seluruh Negeri Perak secara umumnya.
Langgan:
Catatan (Atom)